LONDON – Marcelo Bielsa menempelak wartawan yang dianggap cuba mengganggu kestabilan pemainnya apabila mengatakan beliau mengubah taktik serangan.
Jurulatih Leeds United itu mengubah nasib pasukan gergasi yang pernah bersaing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 16 tahun melalui derita kehilangan prestasi terbaik.
Strateginya tersebut dengan melakukan serangan setiap masa dan ia ternyata berkesan sehingga mendapat pujian.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kekalahan besar termasuk perlawanan baru-baru ini yang menyaksikan pasukannya dibelasah Manchester United 2-6.
Leeds akan berdepan Burnley, yang menduduki tempat ke-14 dan tujuh mata di atas zon penyingkiran di laman sendiri.
“Ini adalah salah satu cara lain untuk mencemuh saya,” kata Bielsa yang
juga pengendali kelahiran Argentina berusia 65 tahun pada satu sidang media.
Bielsa yang dikenali sebagai ‘El Loco’ (seorang yang gila), mengambil masa selama 40 minit untuk menganalisa kekalahan besar pasukannya di Old Trafford ketika menjawab soalan wartawan.
“Saya tidak risau sangat mengenai apa yang media fikirkan. Apa yang merisaukan saya ialah mengenai apa yang akan ditulis sehingga mampu mempengaruhi orang ramai.
“Dalam masa sama mereka akan melemahkan moral pemain dengan menyarankan bahawa corak permainan saya harus ditukar,” katanya. – MalaysiaGazette