Home Dunia Pengguna ketatkan bajet musim perayaan- kaji selidik

Pengguna ketatkan bajet musim perayaan- kaji selidik

Dua wanita bergambar berlatarbelakangkan pokok krismas. foto Reuters

JAKARTA- Pengguna dijangka kurang berbelanja semasa musim cuti akhir tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan impak pandemik Covid-19 yang menjejaskan pendapatan mereka serta peningkatan kebimbangan terhadap ekonomi.

Kaji selidik dalam talian terkini yang dibuat oleh firma SurveySensum menunjukkan, 52 peratus daripada responden merancang mengurangkan perbelanjaan sempena perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu.

Perbelanjaan membeli-belah semasa cuti hujung tahun juga dijangka merosot sebanyak 14 peratus daripada Rp 7 juta (AS$492.6) kepada Rp 6 juta tahun ini.

Sementara masih ramai yang memilih untuk membeli hadiah, kebanyakan pengguna menyatakan pandemik ini akan memberi impak terhadap rutin percutian mereka.

Ini kerana 77 peratus daripada isi rumah yang menjawab uji kaji tersebut mengatakan pendapatan mereka dipotong ketika Covid-19.

Kaji selidik itu diadakan di lima negeri termasuk Jakarta di antara 10 Disember sehingga 15 Disember.

Kaji selidik yang dijalankan oleh SurveySensum itu turut menunjukkan, para pengguna merancang untuk mengurangkan secara drastic perbelanjaan pengembaraan santai, perkhidmatan penjagaan diri dan minuman berakohol semasa musim perayaan ini.

“Dalam kalangan pengembara, mereka menghadkan perjalanan ke bandar-bandar berhampiran sahaja menerusi pengangkutan darat,” kata kaji selidik itu.

-Agensi