KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy hairan mengapakah Menteri Besar Kedah masih berkeras dalam isu bekalan air mentah ke negeri itu.
Ramasamy menerusi Facebook berkata, Muhammad Sanusi Md Nor tidak sepatutnya mendesak Pulau Pinang untuk membayar bagi bekalan air mentah dari Sg Muda itu.
Sebaliknya kata pemimpin DAP itu, pihaknya lebih bersedia untuk sebarang perbincangan tetapi bukan untuk sebarang rundingan.
Malah Pulau Pinang juga tidak akan sesekali membayar walaupun ‘sesen’.
“Menteri Besar ini perlu sedar bahawa Pulau Pinang tidak mencuri air mentah sebaliknya mengambil air dari sempadan negeri.
“Saya ingin ulang sekali lagi, Pulau Pinang ambil bahagiannya di Sungai Muda, mengapa cuba salahkan Kerajaan Negeri dalam hal ini sepanjang masa?
“Saya tidak faham dengan desakan dan sikap keras Muhamad Sanusi terhadap kami? Adakah kerana kami adalah pembangkang?,” soalnya.
Sebelum ini kata Muhamad Sanusi, Kedah masih membuka pintu rundingan kepada Pulau Pinang berhubung isu pembayaran caj air mentah dari Sungai Muda.
Bagaimanapun kata Ramasamy, tidak akan sebarang rundingan sebaliknya perbincangan tanpa sebarang kos dibayar kepada Kedah dalam isu ini.
Sebentar tadi, Muhamad Sanusi mendedahkan kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut bayaran caj air mentah sekiranya Pulau Pinang terus berdegil tidak mahu mengadakan rundingan.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, Kerajaan Pulau Pinang seharusnya tidak terus berkeras untuk berunding kerana Pulau Pinang juga sebahagian daripada Kedah satu ketika dahulu. -MalaysiaGazette
Kalau tumpah diesel dlm air sungai muda yg masuk ke sempadan Penang, bru kita boleh tengok nada Ramasamy. Tgk nak minum air Sungai Juru ke tak.
Nak pakai air sama2..tapi kos menguruskan sumber air Kedah tanggung sorang2…musibat punya DAP ni
Aiy yo yo tambi yen na dey. Tambi ingat Sungai Muda itu Maharaja Keling punya ka? Poh, poh, pooraah!!! Pi jahanam dengan Kontrak Sosial.
Yanna dey, diesel, tanni elek, kapla sudah geddik, what your road, ini orang banyak tarak guna punya orang, ituhari sudah diam cekalang mulut banyak busat, kasi tutup ini mulut kalau tarak kasi ikat dia punya mulut kasi Diam.