
KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,335 kes positif Covid-19 baharu direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh 24 jam hingga jam 12 tengah hari ini, kes harian tertinggi sejak Mac lalu.
Berikutan itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 103,900 kes.
Sebanyak 874 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 83,414 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula meningkat kepda 20,035 kes dengan 108 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Daripada jumlah kes baharu terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 2,324 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak dua kematian dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 451 kes atau 0.43 peratus.
“Mangsa yang meninggal itu seorang daripadanya dari Sabah (wanita) manakala seorang lagi lelaki dari Melaka berusia 70 tahun,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Yang meningkat ini warga Malaysia atau warga Asing? sudah tiba masa kerajaan buat perincian seperti Singapura, dimana peratusan teringgi dijangkati Covid adalah warga asing bukan warga tempatan, bukanlah bertujuan pendedahan untuk membezakan manusia diantara warga asing atau tempatan tetapi adalah untuk berjaga-jaga apabila berada di tempat kerja atau awam sebagaimana rakyat diminta berjaga apabila berada bersama warga tua atau kanak-kanak.