KUALA LUMPUR – Tidak gentar dengan ugutan atau desakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam isu bekalan air mentah, kerajaan negeri Pulau Pinang bersedia ke mahkamah.
Malah kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy, pihaknya tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perkara tersebut dirunding secara baik dan bukannya melalui ugutan.
“Jika hendak bawa isu ini ke mahkamah sekalipun, kami akan lawan kerana hakikatnya kami ada alasan kukuh mengapa Pulau Pinang tidak ada keperluan untuk membayar untuk air mentah itu kepada Kedah.
“Air mentah itu kami ambil dari sungai sempadan kami sendiri jadi apakah keperluan untuk membayarnya?,” katanya hari ini.
Jelas Ramasamy, berdasarkan kepada perjanjian dua hala pada 1980-an yang disokong oleh kerajaan Persekuatuan pastinya undang undang akan memihak kepada Pulau Pinang dalam perkara itu.
Sebelum ini Muhamad Sanusi berkata, Kedah masih membuka pintu rundingan kepada Pulau Pinang berhubung isu pembayaran caj air mentah dari Sungai Muda.
Bagaimanapun kata Ramasamy, tidak akan ada sebarang rundingan, sebaliknya perbincangan tanpa sebarang kos dibayar kepada Kedah dalam isu ini.
Semalam Muhamad Sanusi mendedahkan Kerajaan negeri akan mengambil tindakan mahkamah bagi menuntut bayaran caj air mentah sekiranya Pulau Pinang terus berdegil tidak mahu mengadakan rundingan.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi, berkata kerajaan Pulau Pinang seharusnya tidak terus berkeras untuk berunding kerana Pulau Pinang juga sebahagian daripada Kedah satu ketika dahulu. – MalaysiaGazette
Kalau camtu batpa KM penang menyalak bila Kedah nk teroka rare earth mineral di Sik? Lombong kat Kedah kot. Air kan Penang amik kat sempadan.
So kepada MB Kedah,boleh teruskan lombong mineral di Sik. Jgn risau psl air Sg Muda sbb Penang sedut dr sempadan diorg. Bukan di Sik.
Org sembang keling ni, kita kena layan sembang keling balik. Bru dia berakal sblm cakap.