Home Politik Jumlah kerusi bertanding di tangan Presiden MIC

Jumlah kerusi bertanding di tangan Presiden MIC

M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Jumlah bilangan calon MIC yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 akan ditentukan oleh Presiden parti itu,  Tan Sri S. A. Vikneswaran dan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Adalah tidak wajar semua pihak membuat spekulasi berkaitan bilangan kerusi yang akan diberikan kepada parti komponan BN itu, kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Katanya, bilangan calon akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN untuk dibincangkan.

“Sila minta kepada Presiden lah (Vigneswaran), bukan bidang sumber manusia. Presiden akan umumkan (cadangan jumlah kerusi).

“Biar pucuk pimpinan (BN) buat keputusan tentang perkara itu, kerana saya tengok ada ramai mula membuat kenyataan itu dan ini,” katanya ketika ketika diminta mengulas mengenai bilangan calon MIC pada PRU 15.

Beliau turut diminta mengulas sama ada senarai itu sudah dikemukakan kepada BN memandangkan perbincangan pengagihan kerusi membabitkan UMNO, BN dan PN telah selesai 90 peratus seperti yang dinyatakan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa. – MalaysiaGazette