ISTANBUL – Turki mahu hubungan yang lebih baik dengan Israel, dan perbincangan pada peringkat risikan terus dilakukan antara kedua-dua belah pihak, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan yang pada masa sama mengkritik dasar Israel terhadap Palestin sebagai ‘tidak boleh diterima’.
Turki mengalami isu ‘individu di peringkat atas’ dengan Israel dan hubungan ‘sangat berlainan’ jika tidak kerana isu tersebut, kata Erdogan kepada pemberita.
“Jika tiada isu pada peringkat atas, hubungan kami adalah sangat-sangat berbeza.
“Dasar Palestin merupakan sempadan yang tidak boleh dilangkau. Adalah mustahil untuk kami menerima dasar Israel terhadap Palestin. Tindakan tanpa belas kasihan mereka tidak dapat diterima.
“Kami mungkin mahu membawa hubungan yang lebih baik,” tambah beliau.
Hubungan Israel dan Turki suram sejak kebelakangan ini walapun hubungan perdagangan antara kedua-dua negara kukuh.
Ankara berulang kali mengutuk pencerobohan Israel di Tebing Barat dan layanannya terhadap penduduk Palestin.
Hubungan Turki-Israel digantung pada 2010 selepas Angkatan Pertahanan Israel menyerbu kapal Mavi Marmara dalam perjalanan ke Gaza bagi misi ‘Gaza Freedom Flotilla’ yang cuba memecah halangan Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza.
Dalam serbuan itu seramai 10 orang aktivis Turki terkorban. – MalaysiaGazette
Menteri ke timur tngah x mau komen ker… Dpt jwtan habuan senyap sepi