Home Seni Hidup Dugaan hubungan Neelofa, PU Riz

Dugaan hubungan Neelofa, PU Riz

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai kisah kononnya hubungan Neelofa dengan PU Rizz kini dalam situasi getir.

KUALA LUMPUR – Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai kisah kononnya hubungan Neelofa dengan PU Riz kini dalam situasi getir.

Ramai menganggap ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan itu ekoran beberapa status mereka yang rapat dengan selebriti berniqab itu.

Bagaimanapun spekulasi itu pasangan tunang itu masih menjadi tanda tanya.

Menurut beberapa sumber yang dihubungi Astro Awani, dakwaan yang mengatakan pertunangan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dengan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, sudah berakhir amat sukar untuk disahkan buat masa sekarang.

Ini kerana, kata sumber itu, belum ada sebarang kenyataan yang keluar dari mulut keluarga Neelofa berhubung isu tersebut.
Namun begitu, sumber memaklumkan, berdasarkan perbualan antara ahli keluarga Neelofa memberi bayangan bahawa hubungan Neelofa dan PU Rizz ‘sudah berakhir’.

“Bayangan yang diberikan sepertinya ‘tiada jodoh’ antara Neelofa dan PU Riz,” kata sumber itu kepada Astro AWANI.

Seorang lagi sumber yang dekat dengan Neelofa pula berkata, kemelut yang dilalui Neelofa dan PU Riz ketika ini agak rumit untuk dijelaskan kepada peminat-peminat mereka.

“Ini adalah dugaan mereka dalam melalui alam pertunangan. Doakan yang baik-baik buat mereka,” kata sumber itu lagi.

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di akaun Instagram ahli keluarga Neelofa khususnya ibu artis berkenaan, Datin Noor Kartini Noor Mohamed, foto-foto ketika majlis merisik anak kesayangannya pada 1 November lalu juga dipadam.

Bahkan, Noor Kartini juga sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Riz.

Apa yang mencetus perdebatan dalam kalangan netizen ialah, perkongsian Instagram Stories (IG Story) adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan juga bagaikan memberi bayangan bahawa ada ‘sesuatu yang tidak kena’.

Bahkan, foto-foto semasa majlis merisik juga sudah tidak lagi kelihatan di laman Instagram mereka.- MalaysiaGazette

3 Komen

Comments are closed.