
CAIRO – Putera Mahkota Arab, Saudi Mohammed Salman telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada Jumaat lalu.
Ia sebagai sebahagian daripada rancangan vaksinasi nasional Covid-19 yang dilaksanakan oleh kementerian kesihatan, lapor agensi berita negara, SPA.
Selain Mohammed Salman, beberapa menteri kabinet lain turut menerima dos pertama vaksin membendung penularan pandemik berkenaan.- MalaysiaGazette