Home Nasional Hulu Langat penyumbang tertinggi kes Covid-19 di Selangor

Hulu Langat penyumbang tertinggi kes Covid-19 di Selangor

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hulu Langat menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 tertinggi di Selangor apabila merekodkan 119 jangkitan semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan, sebanyak 64 kes dikesan di mukim Semenyih, Kajang (28), Cheras (14), Ampang (12) manakala Hulu Langat (1).

Katanya, Klang berada pada kedudukan kedua mencatat 85 kes iaitu mukim Klang (59) dan Kapar (26).

“Sebanyak 56 kes di Petaling membabitkan mukim Petaling (23), Damansara (22), Sungai Buloh (tujuh) dan Bukit Raja (empat).

“Gombak merekodkan 42 jangkitan dengan 24 daripadanya di mukim Batu, Rawang (sembilan), Hulu Kelang dan Setapak masing-masing empat serta Kuang (satu),” kata jabatan itu menerusi hantaran di Facebook.

Menurut JKNS, sebanyak 36 kes dikenal pasti di Kuala Langat iaitu mukim Telok Panglima Garang (16), Tanjung Dua Belas 1 (10), Bandar (lima), Kelanang (empat) dan Morib (satu).

Ujarnya, Kuala Selangor mengumpul jumlah kes sama iaitu 11 di mukim Jeram, Tanjung Karang (10), Ijok (7), Kuala Selangor (6) dan Api-Api (2).

Jelasnya, sebanyak 10 kes dicatatkan di Sepang manakala tujuh jangkitan di Hulu Selangor dan satu di Sabak Bernam. – MalaysiaGazette

+ posts