SEOUL – Tentera Korea Selatan akan menyediakan hidangan sayur-sayuran dengan diet vegan yang tidak mengandungi sebarang daging dan daging babi untuk anggotanya yang beragama Islam pada tahun depan, kata Kementerian Pertahanan.
Bermula Februari ini, anggota tentera akan diminta menyatakan jika mereka adalah vegetarian ketika mengambil peperiksaan fizikal, kata kemnenterian itu.
Mereka akan diberikan borang yang mengandungi ruang vegetarian dalam bahasa Inggeris dan Korea.
Maklumat itu akan dihantar ke unit anggota yang akan berkhidmat bagi membolehkan program rangsum untuk tentera Islam dan ‘vegetarian’ dilaksanakan.
“Sebaik sahaja kami mengenalpasti bilangan anggota yang vegetarian dan Islam pada tahun depan, kami akan membangunkan menu yang sesuai.
Dua anggota tentera secara rasmi dikenalpasti seorang sebagai vegetarian dan seorang beragama Islam.
Kini tentera menyediakan mereka dengan diet vegetarian yang tidak mengandungi sebarang daging.
Keputusan kementerian tersebut dilihat menggambarkan peningkatan trend bilangan vegetarian dan anggota tentera daripada pelbagai budaya. – MalaysiaGazette
Takkanlah sembelih baca Bismillah pun sukar, kot?