Home Sukan West Brom tamatkan rekod menang Liverpool di Anfield

West Brom tamatkan rekod menang Liverpool di Anfield

Tandukan menarik Ajayi pada minit terakhir perlawanan menghancurkan Liverpool daripada mengutip tiga mata penuh dalam aksi dramtatik EPL semalam.

LONDON – Gol pada lewat perlawanan bagi membolehkan West Bromwich Albion menghalang Liverpool mengutip tiga mata di Anfield.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi, kedua-dua pasukan terikat 1-1, sekaligus memusnahkan impian pendahulu liga itu melebarkan jarak dengan pesaing terdekatnya yang kini dengan kelebihan tiga mata.

Liverpool membuka jaringan pada minit ke-12 menerusi Sadio Mane namun West Brom menyamakan kedudukan menerkuri jaringan Semi Ajayi seminit sebelum perlawanan tamat.

Ia merupakan pelawanan pertama Sam Allerdyce mengendalikan West Brom.

Pemain pertahanan Liverpool, Joel Matip yang terpaksa meninggalkan padang kerana kecederaan pada separuh masa kedua memberi kelebihan kepada West Brom mengatur strategi serangan.

Malah percubaan pemain Liverpool, Roberto Firmino lewat permainan diselamatkan ditepis penjaga gol, Sam Johnstone.

Ia merupakan kali pertama Liverpool keciciran mata di halaman sendiri pada musim ini. -MalaysiaGazette