Home Sukan Wijnaldum belum buat keputusan mengenai kontraknya di Anfield

Wijnaldum belum buat keputusan mengenai kontraknya di Anfield

Wijnaldum belum bersetuju dengan tawaran kontrak baharu dari kelab dan meminta lebih masa untuk membuat keputusan mengenainya sebelum akhir Disember ini.

LONDON – Perancang tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum meminta lebih masa sebelum membuat keputusan mengenai kontraknya di Anfield.

Kontrak pemain Belanda itu bersama the Kops akan berakhir pada musim depan.

Pengurus kelab, Jurgen Klopp dan Liverpool dilaporkan gagal memujuk Wijnaldum menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Anfield.

Bagaimanapun laporan yang sama di London mendakwa pemain itu memerlukan masa yang panjang untuk membuat keputusan.

The Kops telah menawarkan tawaran baharu kepada pemain berusia 30 tahun itu pada awal Disember lalu.

Bagaimanapun Wijnaldum meminta kelab memberikan masa untuk memikirkan tindakan lebih bijak demi masa depan kariernya.

Ini kerana pemain itu difahamkan menuntut kontrak panjang untuk kekal lama bersama the Reds.

Pemain itu dijangkakan tidak akan meneruskan kontrak bersama Liverpool menjelang Januari 2021.

Kelab gergasi La Liga Sepanyol Barcelona, berada di hadapan untuk mendapatkan khidmat pemain itu jika membuat keputusan meninggalkan Anfield Januari ini.

Perghijrahan Wijnaldum ke Nou Camp akan menemukannya semula dengan bekas pengurus Belanda Ronald Koeman.

Inter Milan juga sedang mengintai rapat perkembangan Wijnaldum.-MalaysiaGazette