MANILA – Filipina akan melarang pelancong dari 19 negara dan wilayah hingga pertengahan Januari ini sebagai langkah untuk mengelakkan penyebaran varian baharu dari koronavirus, kata Kementerian Pengangkutannya.
Peraturan itu akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini hingga 15 Januari yang terdiri daripada warga Filipina dan warga asing, katanya.
Seterusnya, larangan penerbangan dari Britain dilanjutkan hingga pertengahan Januari hadapan kerana varian virus Covid-19 yang menular pertama kali dikesan adalah di England.
Varian baru yang disebut oleh saintis Britain sebagai VUI – 202012/01, meningkatkan kebimbangan kerajaan Filipina yang mana virus itu telah membunuh lebih daripada 1.7 juta orang di seluruh dunia.
Negara-negara yang disenarai pendekkan itu merangkumi Perancis, Australia, Kanada, Jerman, Afrika Selatan, Singapura dan Jepun.
Tambahnya, Filipina merupakan negara kedua tertinggi kes Covid-19 di Asia Tenggara dengan merekodkan lebih daripada 470,000 jangkitan dan 9,124.
Katanya, varian baharu masih belum dapat dikesan di Filipina.
Jelasnya, langkah terbaik adalah dengan memperluaskan larangan perjalanan dari negara luar supaya varian virus baharus itu dapat dicegah, kata Pegawai Kesihatan Filipina. – MalaysiaGazette