KUALA LUMPUR – UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas perlu memperkasakan kesepakatan sebagai parti yang menjadi peneraju kerajaan pada hari ini.
Apa yang dilihat oleh Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad, kesepakatan Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam membuat keputusan sebelum ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan UMNO, Bersatu dan Pas yang menjalin kerjasama sehingga terbentuknya kerajaan.
“Kami dapati kesepakatan Pakatan Harapan dalam tiga parti itu kesepakatannya begitu utuh kalau ada yang nak meminang (menyertai) mereka pun tidak akan bercerai.
“Mereka bergerak bersama-sama proses buat keputusan pun begitu konsisten tidak ada depan cerita lain belakang cerita lain tapi keadaan yang sama tidak berlaku pada satu pihak lagi kita tidak tahu pihak satu lagi ini siapa yang menerajuinya adakah UMNO, Bersatu atau siapa? Nampak begitu bercelaru sekali,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Sekiranya ketiga-tiga parti itu gagal memperkasakan kesepakatan mereka sebagai parti politik Melayu menjelang 2021, Hasan menjangkakan negara akan terus dibelenggu masalah yang pelbagai akibat daripada ketidakstabilan.
“Kalau institusi-insititusi politik Melayu gagal bersatu menyelesaikan perbezaan mereka maknanya senario politik Melayu terutamanya menjelang 2021 ini masih bercelaru dan masih kabur. Kalau ini berlaku ia akan menjejaskan kestabilan politik negara kerana Melayu Bumiputera adalah majoriti.
“Kalau puak majoritinya kemuafakatan politik, cara berpolitik tidak tentu ia akan memberi kesan langsung kepada negara. Dan itu memberi kesan lain seperti ekonomi, keyakinan pelabur, keselamatan semua akan terkesan daripada kecelaruan politik,” tambahnya.
Dalam pada itu, beliau mendakwa tahap penyampaian awam dalam negara tidak memuaskan.
Isu penyampaian awam, tambahnya, perlu dipandang serius oleh kerajaan jika dibandingkan dengan penyampaian haram seperti isu rasuah.
“Sistem penyampaian awam dan korporat memang hancur. Berbeza sistem penyampaian haram pula. Seperti sindiket kartel daging inport haram tercetus sampai begitu besar boleh dibolosi. Mengambil masa 40 tahun dibongkarkan,” kata beliau. -MalaysiaGazette
kita berpegang Buang yang keruh ambil yang jernih bertaut kepada TALI ALLAH muafakat…TAPI jika sekutu masih ada EGO SOMBONG dan DENDAM SUKAR BERMAAFAN antara penyakit hati dan BISIKAN SYAITAN…muktamad
keseorangan itu LEMAH tetapi BERJEMAAH itu KUAT JITU MANTAP…demi AGAMA BANGSA NEGARA
xpayah sembang pandai,
kalau dah nama pengkhianat,xmustahil pengkhianat akan mengkhianat lagi,
semuanya demi kelangsungan partinya yg tiada akar umbi,
semuanya demi kelangsungan untuk partinya terus berkuasa,
semuanya demi kelangsungan partinya untuk terus mengekang kuasa parti dominan,
yg buta akan terus buta,
yg pekak akan terus pekak,
tp yg celik sentiasa memerhati!