LONDON – Harga minyak ditutup tinggi dalam dagangan, disokong oleh inventori minyak mentah Amerika Syarikat dan kelulusan Britain untuk vaksin kedua.
Kontrak hadapan Brent ditutup pada AS$51.34 setong, naik sebanyak AS$0.25, selepas diniaga tinggi pada AS$51.56 tetapi lebih rendah berbanding AS$66 setong pada permulaan tahun ini.
Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula menokok AS$0.40 untuk didagangkan pada AS$ 48.40, menurun berbanding AS$ 62 setong pada awal tahun ini.
Kedua-dua kontrak tergendala pada awal sesi ini kerana pakej bantuan fiskal yang lebih besar oleh Amerika Syarikat nampaknya tidak mungkin berlaku, sekali gus melemahkan harapan untuk pemulihan permintaan minyak lebih cepat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Namun, harga meningkat setelah laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga menunjukkan inventori minyak mentah turun 6.1 juta tong pada minggu terakhir kepada 493.5 juta tong.
Tetapi para peniaga menyatakan inventori minyak mentah Amerika Syarikat masih lebih daripada 10% pada tahun ini berbanding minggu terakhir pada tahun 2019.
Dari segi penawaran, firma tenaga Amerika Syarikat menambah tiga lagi pelantar minyak dan gas asli minggu ini untuk meningkatkan jumlah pelantar sejak suku kedua 2017, menurut data dari Baker Hughes.
Mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu 4 Januari, termasuk Rusia, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC +, akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari pada bulan depan. – MalaysiaGazette