Home Ekonomi 3 firma telekomunikasi China dinyahsenarai dari NYSE

3 firma telekomunikasi China dinyahsenarai dari NYSE

WASHINGTON – New York Stock Exchange akan menyah senaraikan tiga firma telekomunikasi China kerana dikatakan ada kaitan dengan tentera Beijing.
Saham-saham syarikat gergasi ini akan digantung minggu depan dan prosiding untuk menyah senarai sudah bermula.
NYSE mengesahkan ketiga-tiga saham syarikat itu akan dinyahsenaraikan antara 7 hingga 11 Januari ini.
Syarikat-syarikat memperoleh semua pendapatan mereka di China dan tidak mempunyai kehadiran yang signifikan di AS.
Penghapusan itu dilihat sebagai simbolik di tengah ketegangan geo-politik antara AS dan China.
Presiden Donald Trump menandatangani perintah pada bulan November yang melarang pelaburan Amerika di firma China yang dimiliki atau dikendalikan oleh tentera.
China Mobile, China Telecom dan China Unicom Hong Kong telah menjadi sasaran pentadbiran Donald Trump.
Syarikat-syarikat ini memperoleh semua pendapatan mereka di China dan tidak mempunyai kehadiran yang signifikan di AS.
Tindakan ini dilihat sebagai satu simbolik di tengah-tengah ketegangan geo-politik antara AS dan China.
Saham ketiga-tiga syarikat itu diperdagangkan secara kecil di AS berbanding dengan penyenaraian utamanya di Hong Kong.
Ketiga-tiga syarikat milik negara China ini menguasai industri telekomunikasi di negara tersebut.
Presiden Donald Trump telah menandatangani perintah pada bulan November yang melarang pelaburan AS di firma China yang dimiliki atau dikendalikan oleh tentera.
Trump sebelum ini telah mensasarkan syarikat-syarikat milik China termasuk TikTok, Huawei dan Tencent atas alasan keselamatan negara.
Sebagai balasan, China menyenaraihitam syarikat-syarikat AS.
Bursa saham AS termasuk NYSE dan Nasdaq sejak berdekad lalu menarik syarikat-syarikat China untuk menyenaraikan firma-firma negara itu dalam pasaran sahamnya.
Kini terdapat lebih daripada 200 syarikat China yang tersenarai di pasaran saham AS dengan jumlah modal pasaran sebanyak AS$ 2.2 trilion.
Tetapi sejak hubungan menjadi buruk dengan AS, banyak syarikat China telah mencari dua penyenaraian di China dan Hong Kong.
Syarikat-syarikat termasuk syarikat gergasi e-dagang China Alibaba dan JD.Com juga disenaraikan di New York tetapi telah melakukan penyenaraian sekunder di Hong Kong dalam dua tahun lalu ketika perang perdagangan antara AS dan China semakin sengit. – MalaysiaGazette