Home Politik Ada pihak cuba halalkan kerjasama UMNO dengan DAP

Ada pihak cuba halalkan kerjasama UMNO dengan DAP

Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – UMNO dan perjuangan demi Islam serta Melayu tidak boleh terpisah seperti isi dan kuku atau seperti aur dengan tebing, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong itu berkata, malangnya hari ini kian terserlah bibit-bibit, suara-suara dan tindakan-tindakan dari segelintir pihak yang cuba menghalalkan sesuatu yang tidak pernah tertulis dalam kamus perjuangan parti ini sejak 74 tahun lalu.

Jelas beliau, kerjasama UMNO dengan pihak yang sekian lama mengimpikan perpecahan Melayu dan penghapusan hak keistimewaan Islam iaitu DAP.

“Cukuplah 22 bulan Pakatan Harapan yang ditunjangi DAP memerintah negara, kita telah dapat melihat wajah sebenar mereka. Jangan kita lupa, yang pertikai penggunaan tulisan jawi – DAP. Yang perlekeh askar Melayu kita makan tidur – DAP.

“Yang menuntut penghapusan kouta haji – DAP. Yang mahu keistimewaan pendidikan untuk Bumiputera dihentikan – DAP.

“Kalau kesemua ini bukan tindak tanduk yang mencabar kesabaran, mengguris hati dan perasaan, mencalarkan maruah dan memperkotakkatikkan Islam serta Melayu, apa lagi tindakan yang boleh menyedarkan kita bahawa DAP tidak sesekali boleh dibuat kawan?” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di Johor hari ini.

Hishammuddin menambah, hanya selepas orang Melayu berantakan sesama sendiri, anak muda Melayu memperlekeh bangsanya sendiri, syariat Islam tidak lagi diamalkan di negara ini, Bahasa Melayu dihapuskan, institusi Raja-Raja Melayu digulingkan, barulah pada masa itu kaum itu hendak sedar dan tergadah.

Kata beliau, ahli UMNO sebagai individu yang mengaku taat setia kepada parti mesti sentiasa berpegang teguh bahawa Islam dan Melayu bukan entiti yang boleh diperjudikan kerana kedua-duanya amanah dan tanggungjawab hakiki sebagai
ahli parti sampai bila-bila.

“Sebab itu, kita mesti tanam tekad yang sedalam-dalamnya. Selagi kita menumpahkan taat setia kepada UMNO, selagi fikiran kita masih waras, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kita akan berjuang memastikan penyatuan UMNO dan DAP tidak akan terjadi sampai bila-bila,” katanya.

Hishammuddin turut mengingatkan perwakilan bahawa UMNO perlu menang bukan untuk beliau sebagai Ahli Parlimen mahu pun Ketua Bahagian.

“Bukan untuk saudara saudari. Dan bukan juga untuk mana-mana individu dalam UMNO. Tetapi kita perlu menang demi maruah serta kelangsungan parti.

“Demi mengukuhkan semula kepercayaan rakyat terhadap UMNO. Dan paling penting demi memastikan kesucian Islam serta hak bangsa Melayu di negara ini terus terbela,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. woi anak husin,
    ko jgn lupa yg skrg nie UMNO sedang bekerjasama dgn bekas ANJING2 DAP!!!
    apa beza DAP dan bekas ANJING2NYA??
    apa yg bekas ANJING2 DAP bantah dan suarakan ketika mana ISLAM dan MELAYU dihina??aset2 milik ISLAM dan MELAYU dilelong??
    jgn cuba membangkitkan nama DAP demi menghalalkan kerjasama bersama bekas ANJING2 DAP!!

Comments are closed.