Home Dunia Angka kematian nahas kapal terbang tahun lalu meningkat

Angka kematian nahas kapal terbang tahun lalu meningkat

Pasukan penyiasat berada di lokasi pesawat Ukraine yang terhempas di Tehran. foto Agensi
WASHINGTON – Jumlah penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat komersial meningkat pada tahun 2020 kepada 299 orang di seluruh dunia, walaupun jumlah nahas susut lebih dari 50 peratus, kata sebuah syarikat perunding Belanda.
Firma perunding penerbangan To70 berkata, terdapat 40 kemalangan yang melibatkan pesawat penumpang komersial pada tahun lalu.
Lima daripadanya membawa maut, mengakibatkan 299 kematian.
Pada tahun 2019, terdapat 86 kemalangan, lapan daripadanya membawa maut, mengakibatkan 257 kematian.
Pesawat komersial mengalami 0.27 kemalangan maut per juta penerbangan pada tahun 2020, kata To70, atau satu nahas maut setiap 3.7 juta penerbangan – meningkat daripada 0.18 kemalangan maut per juta penerbangan pada tahun 2019.
Penurunan kemalangan berlaku dalam penerbangan akibat pandemik koronavirus.
Flightradar24 pula melaporkan penerbangan komersial yang dilacarnya ke seluruh dunia pada tahun 2020 turun 42 peratus kepada 24.4 juta.
Lebih separuh daripada semua kematian dalam tinjauan To70 membabitkan 176 orang yang terbunuh pada Januari 2020 ketika sebuah pesawat Ukraine ditembak jatuh di ruang udara Iran.
Insiden kedua melibatkan nahas sebuah pesawat Pakistan pada bulan Mei yang mengorbankan 98 orang. – MalaysiaGazette