KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,704 kes positif Covid-19 baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga jam 12 tengah hari dengan 2,726 kes sembuh.
Berikutan itu jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 119,077 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 21,365 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 97,218 kes.
Sebanyak 124 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 51 memerlukan bantuan pernafasan.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,699 kes.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 11 kematian Covid-19 dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 494 atau 0.41 peratus hari ini.
“Ringkasan mangsa yang meninggal itu ialah enam dari Selangor, dua masing-masing dari Johor dan Sabah dan satu dari Kedah.
“KKM ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” ujarnya.- MalaysiaGazette