KUALA LUMPUR – Pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang banjir untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, orang ramai perlu memikirkan keselamatan mereka susulan banyak jalan yang telah dinaiki air dan aliran air deras boleh mengundang padah.
“Pengguna jalan raya perlu bersikap berhati-hati dan jangan mengambil risiko untuk melakukan perjalanan, sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air.
Hari ini Bernama melaporkan seorang lelaki dipercayai hanyut bersama kenderaannya di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, jam 8 malam tadi selepas menyelamatkan isterinya ketika air naik mendadak sewaktu mereka cuba melalui jalan berkenaan.
Terdahulu, beberapa video turut tular di media sosial menunjukkan pengguna motosikal yang cuba meredah jalan yang banjir dan dilimpahi air deras sebelum mengalami kemalangan.