KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO Bahagian Johor Bahru yang sebulat suara supaya Barisan Nasional (BN) meletakkan calon-calonnya bagi kerusi Parlimen itu dan kedua-dua DUN Larkin dan Stulang pada PRU15 akan datang bukan kerana BN sentiasa menyertai setiap pilihan raya.
Sebaliknya, BN Johor Bahru masih mampu untuk menawarkan pilihan bagi pertimbangan dan keputusan pengundi-pengundinya.
Ketua Bahagiannya, Tan Sri Shahrir Samad berkata, matlamat pilihan raya adalah untuk membentuk kerajaan pilihan rakyat.
Bagi memenuhi matlamat ini, BN mempunyai pengalaman dan pencapaian sebagai sebuah pemerintah yang lagi baik berbanding dengan Pakatan Harapan sepanjang 22 bulan selepas PRU14.
Menurutnya, Johor telah menyaksikan dua Menteri Besar Pakatan Harapan dalam tempoh itu, juga di peringkat pusat.
Ini adalah bukti kecelaruan politik negeri dan negara sejak PRU14.
”Kecelaruan politik akibat perbalahan dalaman PH setelah menerima mandat rakyat pada PRU14 yang lalu mengecewakan harapan tinggi rakyat bahawa perubahan politik mampu membawa keadaan yang lebih baik bagi rakyat dan negara,” katanya.
Shahrir menambah, kuasa tanpa kebijaksanaan dan pengalaman tidak membawa kepada manfaat bagi rakyat Johor dan Malaysia.
Malah, sepanjang 22 bulan itu, rakyat juga yang terpaksa menanggung kegagalan sebuah pemerintahan politik yang lemah dan tidak berkemampuan menunaikan janji-janji manis yang terkandung dalam manifesto pilihan rayanya.
”Menginsafi mandat rakyat sepatutnya membawa manfaat bagi rakyat dan negara, UMNO Johor Bahru memutuskan BN berkewajipan menentukan rakyat diberikan pilihan pada PRU15 untuk memberi kuasa kepada parti yang sudah terbukti kebijaksanaan mentadbir dan mengurus negeri dan negara dalam suasana mendatang yang tetap mencabar,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
JB ne calon terbaik ya.. Jgn tua sangat (paham2 lh ya – winable ke loosable ke) , jgn muda bangang sangat .. mcm tak sekolah agama… tapi lau menang balik perangai mcm s*** , boleh m***** lah korang….