Home Nasional Masyarakat India tidak perlu berbalah isu sambutan Thaipusam

Masyarakat India tidak perlu berbalah isu sambutan Thaipusam

Prof S.Santharasekan

KUALA LUMPUR – Masyarakat India dinasihatkan agar bersatu dan berdamai serta tidak membesar-besarkan isu sambutan Thaipusam 2021.

Prof S.Santharasekan, Pengerusi SaraswathyBrahma VidhyaDharma Sangam berkata, memandangkan pendemik Covid-19 yang masih berleluasa, pihak pengurusan kuil
dan semua penganut Thaipusam agar memberi tumpuan umum dan khusus terhadap penyakit yang menular ini.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar penganut-penganut agama Hindu yang ada tujuan menunaikan sambutan itu dilakukan di kuil kawasan masing-masing agar kuil-kuil besar yang utama tidak dikerumuni oleh orang ramai.

Beliau turut meminta isu membatalkan sambutan perayaan ini tidak dipolitikkan pada masa ini.

”Para penganut agama Hindu boleh melawat dan menunaikan hajat dan nazar mereka di kuil-kuil yang menyambut perayaan ini di sekitar kediaman mereka.

”Maka dengan ini, tidak akan berlaku gerombolan masyarakat bertumpu umum di satu kuil sahaja,” katanya yang turut menyarankan segala urusan dibuat dengan teliti dan tidak mengambil masa yang lama untuk berada di kawasan kuil.

Tegasnya, tiada sesiapa pun harus membangkitkan isu untuk membatalkan sambutan keagamaan ini agar tidak dipandang rendah oleh kaum lain. – MalaysiaGazette