Home Utama Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang

Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang

Lokasi kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal.

KUALA LUMPUR –  Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaan yang ditungganginya terbabas akibat melanggar jalan berlubang di laluan tengah menghala ke MidValley.

Siasatan mendapati mangsa, Ho Yan Fee, 75, yang dalam perjalanan dari Jalan Connaught menghala ke MidValley telah melanggar lubang tersebut lalu terjatuh.

Menurut bilik gerakan Trafik Kuala Lumpur, mayat mangsa dibawa ke Forensik Pusat Perubatan UKM untuk bedah siasat.

Alamat terakhir mangsa adalah Pandan Perdana, Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette