Home Politik Saya akan pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah – Mas Ermieyati

Saya akan pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah – Mas Ermieyati

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin bercakap kepada media selepas Majlis Amanat dan Hala Tuju MEDAC 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 04 JANUARI 2021.

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah berkata, kesediaannya untuk bertanding kerana telah komited dengan penduduk kawasan tersebut sebelum ini.

“Saya sudah komited dengan Masjid Tanah dan apa jua alasan dan berlaku saya secara peribadi bersedia akan mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Amanat Tahun Baharu dan Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC) 2021 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh semalam bahawa parti itu bertegas meletakkan calon mewakili UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam PRU lalu, kerusi Parlimen Masjid Tanah diwakili calon Barisan Nasional (BN) oleh Mas Ermieyati sebelum beliau itu keluar menyertai Bersatu.

Ditanya tiada kesepakatan antara UMNO dan Bersatu ketika ini, Mas Ermieyati berkata, pemimpin parti itu belum mendapat apa-apa jawapan atau maklum balas daripada pucuk pimpinan.

“Saya akan respon bila dapat apa juga respon daripada pucuk pimpinan terutama daripada presiden,” katanya.

Diasak dengan soalan sekiranya UMNO akan tetap meletakkan calonnya di Masjid Tanah, bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO itu enggan memberi komen sebaliknya berkata, semuanya penjelasan yang diberikan telah menjawab soalan tersebut.

Sementara itu, Ab Rauf yang juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, pada masa sama menggesa supaya PRU-15 segera diadakan bagi membolehkan UMNO dan Pas yang bekerjasama erat melalui Muafakat Nasional serta parti lain dalam Barisan Nasional bersama-sama membentuk kerajaan.

Pada masa sama, beliau menegaskan kerjasama antara UMNO dengan Pas perlu diperkukuh untuk menghadapi PRU-15 namun kerjasama UMNO dalam Perikatan Nasional perlu dikaji semula. – MalaysiaGazette

+ posts

4 Komen

  1. tungguuuu…
    bangsat2 1 mmg wajib dilingkopkan,
    lahirnya parti bangsat 1 nie,semakin ramai pengkhianat2 dan bangsat2 yg menghancurkan hati pengundi,
    bangsat2 1 nie semuanya perlu di ajar!!
    mari lingkopkan bangsat 1 pada pru15 nanti

Comments are closed.