Wednesday, November 27, 2024
Home Seni Hidup Vida menang tuntutan hadanah bekas suami

Vida menang tuntutan hadanah bekas suami

Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida bermesra bersama anaknya, Nur Edlynn Zamilleen atau Cik B.
KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suami usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida hari ini.
Hakim Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty menolak permohonan Mohd Amin Yassin, 43, yang memohon hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas dua anaknya, Edlynn Zamileen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau Kacak.
Sementara itu, Vida yang ditemui selepas selesai proses perbicaraan memanjat rasa syukur kerana kes tersebut berlangsung tidak lama.
Kata Vida, selama ini beliau tidak pernah menghalang dua anaknya itu menemui ayah kandung mereka.
“Hak penjagaan masih saya dapat, cuma buat masa ini anak saya, Cik B dan Kacak tak sesuai nak jumpa ayah mereka atas sebab tertentulah. Biar jumpa atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri.
“Saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturahim,” katanya memetik laporan Astro Awani.
Menurut Vida, ramai yang tidak tahu situasi sebenar yang dilalui mereka dan kerana itu beliau berharap agar kedua-dua anaknya itu tidak dilabelkan sebagai anak derhaka.
Dalam pada itu, Cik B pula menyatakan rasa lega kerana perbicaraan kes itu sudah berakhir.
“Saya akan hubungi ayah saya kalau saya ready (bersedia), saya akan call (hubungi) dan jumpa kalau saya ready, mama tidak paksa (mama) bukan orang jenis macam itu,” kata Cik B.
Sementara itu, ayah kepada Cik B dan Kacak berkata, dia menerima keputusan mahkamah dengan penuh terbuka selain akan bersabar menunggu kedua-dua anaknya untuk kembali ke pangkuan.
Kata Mohd Amin, dia juga akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan selain berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai.
Mohd Amin, dia juga akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan selain berhasrat untuk menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai.
Selain itu, Mohd Amin juga akan menuntut harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.
Mohd Amin dan Vida berkahwin pada 2000, namun pasangan berkenaan bercerai lapan tahun kemudian.
Selain Cik B dan Kacak, Mohd Amin dan Vida turut dikurniakan dua orang lagi anak lelaki iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.
Eddie dan Edrie meninggal dunia dalam tragedi kebakaran rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.
Dalam tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam ke atas dua anaknya, Mohd Amin mendakwa, kali terakhir beliau bertemu anak-anaknya itu ialah lebih tiga tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn Bhd di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
Kata Mohd Amin, sebagai bapa, dia amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen. – MalaysiaGazette