KUWAIT CITY – Arab Saudi telah membuka semula sempadan darat dan lautnya kepada Qatar menjelang sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk yang akan diadakan di Riyadh pada hari Selasa.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Luar Kuwait, Ahmad Nasser al-Sabah.
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan perjanjian untuk menamatkan keretakan hubungan antara Qatar dan negara-negara Teluk akan ditandatangani.
Qatar dikenakan sekatan oleh jiran-jiran tiga setengah tahun yang lalu atas dakwaan menyokong keganasan.
UAE, Bahrain dan Mesir bergabung dengan Arab Saudi dalam mengekalkan sekatan diplomatik, perdagangan dan perjalanan.
Qatar, sebuah negara Teluk yang kecil tetapi sangat kaya, selalu menafikan menyokong militan jihad.
Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir bekerjasama dengan Arab Saudi untuk mengekalkan sekatan ke atas diplomatik, dagangan dan pelancongan.
Qatar, sebuah negara kecil tetapi sangat kaya – berulang kali menafikan sokongannya ke atas keganasan.
Kuwait telah memainkan peranan sebagai orang tengah sejak sekatan dilaksanakan tiga tahun setengah dengan kejayaan kecil.
Pentadbiran AS telah mengambil peranan yang lebih jelas dan pegawai kanan AS mengatakan menantu Presiden dan Penasihat Kanan Presiden Donald Trump, Jared Kushner, akan menghadiri pemeteraian perjanjian pada hari Selasa.
Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, telah menerima undangan dari Raja Arab Saudi untuk menghadiri sidang kemuncak itu.
Satu sumber yang terlibat dalam penganjuran sidang kemuncak itu mengatakan keputusan Arab Saudi untuk membuka ruang udaranya dan sempadan darat dan laut bagi membina keyakinan yang diperlukan untuk memastikan kehadiran emir, menurut BBC.
Sejak sekatan dikenakan pada tahun 2017, emir mengatakan beliau tidak akan melakukan perjalanan ke mana-mana negara yang menyekat kemasukan warga Qatar.
“Ini adalah kejayaan terbesar yang kami alami. Ini tidak bermaksud mereka akan saling mencintai dan menjadi kawan baik, tetapi itu bermakna mereka akan dapat bekerjasama,” kata seorang pegawai kanan pentadbiran Trump yang dilapor oleh Wall Street Journal. – MalaysiaGazette