TEHRAN – Iran menyambung semula memperkayakan uranium dengan 20% ketulenan – pelanggaran yang paling ketara dalam Perjanjian 2015 dengan kuasa dunia untuk menghentikan sekatan nuklear.
Badan pengawas nuklear global mengesahkan proses itu telah dimulakan di loji Fordo bawah tanah pada hari Isnin.
Uranium yang diperkayakan itu bukan sahaja dapat digunakan untuk membuat bahan bakar reaktor tetapi juga bom nuklear.
Uranium kelas senjata adalah 90% ketulenan.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mendakwa Iran sedang melakukan ‘pemerasan kempen nuklear’.
Iran yang berulang kali menegaskan program nuklear untuk perdamaian telah menarik balik sebahagian daripada komitmennya di bawah perjanjian itu.
Kata Iran, tindakannya itu bagi membalas sekatan ekonomi dikenakan semula oleh AS pada tahun 2018 susulan keputusan Presiden Donald Trump yang menarik semula perjanjian itu, yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).
Presiden Hassan Rouhani memerintahkan langkah itu kerana beliau “terikat” oleh undang-undang baharu yang menghendaki pengeluaran dan penyimpanan sekurang-kurangnya 120kg (265 lbs) uranium diperkaya 20% setiap tahun untuk tujuan damai, katanya.
Parlimen Iran meluluskan undang-undang itu selepas ekoran pembunuhan seorang saintis nuklear, Mohsen Fakhrizadeh, pada akhir November lalu.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) juga mengesahkan tindakan Iran dalam laporan kepada negara-negara anggota. – MalaysiaGazette