Home Politik MCA terkejut Annuar dipecat

MCA terkejut Annuar dipecat

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pucuk pimpinan MCA terkejut dan terkilan mengetahui Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Dalam satu kenyataan, pihaknya mendakwa hanya mengetahui perkara itu media dan mendakwa ia tidak pernah dirundingkan sesama parti komponen dalam BN atau diputuskan Dewan Tertinggi BN.

“Setakat ini, MCA masih tidak dapat mengesahkan kesahihah berita mengenai penyingkiran Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung BN,” katanya parti itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada hemat MCA, sebarang pelantikan ke jawatan dalam BN perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan BN dan secara konvensinya pencalonan itu harus dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Tertinggi BN.

“Begitu juga dengan sebarang pemecatan mana-mana pihak daripada jawatan seperti Setiausaha Agung dan Bendahari BN,” kata kenyataan yang sama.

Setakat ini, MCA masih belum mendapat sebarang notis Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Berita angin lah tu. Macam anwar dapat nombor lah juga. Umno memang suka main acah2 nak gertak bersatu. Muhyidin pun lama dalam umno dia tau lah sepak twndang terajang umno ni.

  2. alahai jawatan lantikan je bukan jawatan yg perlu undian…xtertakluk pada mana2 peraturan pun..benda kecik xperlu besar2kan..lg bagus PRU diadakan cepat..klau tidak selagi tu game politik xhabis2 di kedua2 pihak…yg letih siapa??…rakyat marhaen la brader..

  3. bla la lu mca,
    berambos masuk dap sana,
    lu punya kerusi ada berapa??
    lagi mahu cakap besar ka,
    ma#×%ai lu,

Comments are closed.