Seorang guru wanita berhadapan dengan enam tuduhan memberi rasuah RM9,000 kepada tiga anggota polis.
Norimi Hashim, 40 tahun didakwa melakukan keenam-enam kesalahan tersebut antara 7 Mac 2019 hingga 15 Jun 2020.
Beliau dipercayai memberi suapan kepada ketiga-tiga pegawai polis itu agar tidak dikenakan tindakan terhadap pekerja wargangeara asing yang tiada dokumen perjalanan sah di bawah tanggungjawabnya yang menjalankan perniagaan sampingan.