Home Dunia WHO kecewa pasukan pakar Covid-19 tak dibenarkan masuk China

WHO kecewa pasukan pakar Covid-19 tak dibenarkan masuk China

Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto Agensi

ZURICH – Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus kecewa kerana China masih belum memberi kebenaran pasukan pakar antarabangsa Covid-19 memasuki republik itu untuk memeriksa punca penularan pandemik.

Pasukan WHO yang terdiri dari 10 pasukan itu dijangka dihantar pada awal tahun ini – walaupun kes Covid-19 pertama kali dilaporkan lebih setahun lalu di Wuhan.

Bagaimanapun menurut Tedros, pihaknya diberitahu, pegawai China masih belum memberi kata muktamad, katanya pada sidang akhbar dalam talian di Geneva.

“Saya telah berhubung dengan pegawai kanan China dan sekali lagi saya menyatakan bahawa misi ini adalah keutamaan bagi WHO,” katanya.

Misi tersebut akan dipimpin Peter Ben Embarek, seorang pakar tertinggi WHO yang telah berada di China sejak awal Julai lalu.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan ketika taklimat semalam pula memaklumkan misi pasukan penyiasat virus Covid-19 terbantut berikutan masalah visa.

Beliau menekankan Tedros sudah menjelaskan dalam perbincangannya dengan pegawai China berkenan ‘keperluan kritikal itu’.

“Kami percaya dan berharap ia hanya masalah logistik atau birokrasi yang dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Asal-usul pandemik global itu masih lagi diselidik termasuk bagaimana ia merebak ke serata dunia dan bagaimana pihak berkuasa China mengawal naratif pandemik itu.-MalaysiaGazette