Home Dunia Angka pesakit, kematian Covid-19 AS terus melonjak

Angka pesakit, kematian Covid-19 AS terus melonjak

Pekerja Pusat Perubatan Wyckoff Heights di New York menarik troli mayat pesakit Covid-19. foto Reuters
WASHINGTON – Jumlah kemasukan penduduk Amerika Syarikat (AS) ke hospital disebabkan Covid-19 tertinggi pada hari Rabu berbanding pada hari-hari lain sejak wabak itu bermula.
Angka yang dimasukkan ke hospital pada hari Rabu adalah sebanyak 131, 215 orang, menurut The Covid Tracking Project.
Dalam pada itu, seramai 3, 664 orang meninggal pada hari Selasa, menurut Johns Hopkins University.
Jumlah kematian pada hari itu adalah tertinggi dalam satu hari pernah direkodkan sejakĀ  penularan wabak tersebut.
Jabatan Kesihatan Awam negeri memaklumkan sebanyak 14 daerah, termasuk Los Angeles, Orange dan San Diego, menyaksikan kapasiti kritikal di hospital.
Jumlah kes Covid-19 di AS pada hari Rabu melebihi 21 juta, menurut John Hopkins University. – MalaysiaGazette