Home Politik Ikatan sambut baik keputusan JPPM tolak Muda

Ikatan sambut baik keputusan JPPM tolak Muda

Shahir Adnan
Shahir Adnan
KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menyambut baik keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)  untuk tidak meluluskan pendaftaran Parti Ikatan Demokratik (Muda), yang  menggunakan nama parti Ikatan bagi mengelirukan orang ramai.
Ketua Dewan Pemudanya, Shahir Adnan berkata, Ikatan telah ditubuhkan pada 7 June 2012 oleh Tan Sri Datuk Seri  Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan diluluskan oleh JPPM pada 5 June 2015 setelah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran untuk mendapatkan kelulusan.
Menurutnya, JPPM mengambil masa hampir 3 tahun untuk meluluskan permohonan penubuhan parti baharu.
“Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) berpandangan jika ada parti yang mendapat kelulusan kurang dari 3 tahun, itu adalah satu keistimewaan bagi mereka.
”Ikatan telah membuat bantahan pendaftaran Muda yang menggunakan nama Ikatan kerana ianya mengelirukan semua pihak,” katanya sambil memberitahu, pengasas Muda, Syed Saddiq, perlu kreatif dalam menamakan parti beliau.
Tambahnya, kelulusan JPPM bukan hanya untuk mendapatkan akaun bank seperti yang dicanang segelintir ahli Muda, sebaliknya, pentingnya bagi satu-satu organisasi itu mempunyai hala tuju yang jelas bagi mencapai objektif mereka.
”Diharapkan Pengasas Muda tidak semberono dalam mencari nama partinya yang baharu. Buatlah kajian terlebih dahulu dan bukan hanya mencari publisiti politik murahan dengan menyalahkan pihak lain,” ujar Shahir. – MalaysiaGazette