Home Utama RoS tolak pendaftaran Pejuang

RoS tolak pendaftaran Pejuang

Pejuang Tanah Air (Pejuang) mungkin menggunakan panji Amanah untuk bertanding dalam PRU-15- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali selepas menerima satu surat yang dikeluarkan jabatan itu semalam.

Menurut Muhammad Rafique, pihaknya menerima surat itu pada pukul 5.45 petang.

Keputusan itu dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2, pagi ini.

Susulan itu, parti tersebut mungkin akan memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. dah mmg semua plan si saka tua puaka nie,
    time pru15 nt dia boleh bertanding bebas,lepas menang nanti bolehlah sokong midin(khadamnya),
    yg bodoh dan buta mmg xkn nmpk permainan si saka tua puaka haram jadah nie,dia mmg ingat negara nie kepala bapak dia yg punya,sbb tu dia xkisah kalau negara nie hancur,sbb dia anak beranak semua billionaire dah..

Comments are closed.