KUALA LUMPUR – Kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah yang berpunca daripada pihak ketiga di Jalan Sering, Taman Sungai Sering, Cheras sedang giat dijalankan.
Setakat jam 6 petang tadi, kerja-kerja pembaikan ini telah siap 38% dan dijangka siap sepenuhnya pada jam 3 pagi, 9 Januari 2021.
Air Selangor berkata, bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.
Paip pecah ini menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 121 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat. – MalaysiaGazette