KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah sebanyak AS$107.6 bilion pada 31 Disember 2020 berbanding AS$$105.7 billion pada 15 Disember lalu.
Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
Bank Pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette