Home Politik Selepas 12 tahun lawan Anwar, Saiful pilih Bersatu sebagai wadah politik

Selepas 12 tahun lawan Anwar, Saiful pilih Bersatu sebagai wadah politik

Saiful Bukhari menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Pegawai Parti Bersatu Firdaus di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.- Gambar FB Saiful.

KUALA LUMPUR – Individu yang pernah mengheret Presiden PKR atas dakwaan kes liwat, Saiful Bukhari Azlan akhirnya memilih Parti Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai wadah politiknya.

Keputusan itu dilakukannya selepas dua bulan beristikharah dan mengambil pandangan pelbagai pihak.

“Saya, dengan rasa rendah diri ingin mengumumkan bahawa saya memilih untuk menanggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai parti atau wadah politik pertama saya.

“Alhamdulillah, permohonan keahlian saya telah diluluskan 6 Januari 2021. Saya telah memilih untuk menjadi ahli di Bahagian Bentong, Pahang kerana kampung bapa saya di Janda Baik,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya.

Saiful sebelum ini bertanding melawan Anwar dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson dan melakukan sumpah laknat ke atas Anwar dalam kes liwat.

Menurut beliau, penyertaan saya dalam parti politik selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan bagi setiap warganegara.

“Bak kata pepatah, ‘alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Setelah 12 tahun berada dalam kancah politik negara dengan tidak berparti, pada hemat saya, sudah tiba masanya saya memilih satu wadah politik, menjadi ahli secara rasmi,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya tak sabar bersemuka dengan Anwar – Saiful Bukhari