KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mewujudkan hospital medan bagi pesakit Covid-19 sekiranya ada keperluan.
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata, ketika ini, hospital medan terbesar ialah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang berkapasiti 10,000 katil.
“Berkemungkinan besar Kementerian Kesihatan (KKM) akan tambah lagi (hospital medan) jika peningkatan kes berterusan dan kapasiti di MAEPS tidak dapat tampung (pesakit Covid-19 ).
Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad
Mengulas mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri, Affendi berkata, ATM sedia menambah jumlah anggota dan aset untuk dikerah bagi membantu operasi banjir sekiranya keadaannya bertambah teruk.
Ditanya perkembangan terkini mengenai ancaman siber selepas berlaku serangan siber terhadap rangkaian data milik ATM sebelum ini, Affendi memberi jaminan ketika ini sistem pertahanan negara selamat dan pihaknya sentiasa menambah baik keupayaan sedia ada. – MalaysiaGazette