NEW DELHI – Seramai 10 orang bayi yang baharu lahir terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital di daerah Bhandara di negeri barat Maharashtra.
Hanya tujuh bayi yang sempat diselamatkan daripada kebakaran sebelum pasukan bomba tiba.
Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan kejadian itu sebagai “tragedi yang menyakitkan hati”.
Punca kebakaran belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan.
Kebakaran bermula pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (20:30 GMT Jumaat), menurut pegawai hospital.
Usaha menyelamat dihambat oleh letupan berterusan di dalam wad, lapor media tempatan.
Seorang jururawat yang bertugas mengatakan dia sudah memberi amaran kepada pihak berkuasa setelah melihat asap keluar dari unit rawatan bayi yang baru lahir.
“Pihak berkuasa hospital telah menyelamatkan tujuh bayi, 10 orang lagi meninggal,” kata pakar bedah awam yang mengesahkan kejadian itu kepada wartawan. – MalaysiaGazette