Home Nasional Pemandu, kelindan maut tersepit selepas langgar lori bawa bata

Pemandu, kelindan maut tersepit selepas langgar lori bawa bata

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori dan kelindannya maut tersepit selepas terlibat dalam kemalangan raya membabitkan dua buah lori di Sepang dekat sini semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di Kilometer 38.7 Lebuhraya Elite dari arah Shah Alam menghala ke Nilai, Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima maklumat bahawa kejadian berlaku sekitar jam pada jam 8 malam.

“Kemalangan itu melibatkan pemandu lori jenis bonded 10 tan tanpa muatan dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun bersama kelindannya berusia 36 tahun.

“Kedua-dua mereka terbunuh selepas lori yang dibawa mereka telah merempuh belakang sebuah lori muatan batu bata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Azran, pemandu serta kelindan loriĀ  itu tersepit ekoran perlanggaran berimpak kuat itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu lori bermuatan batu bata yang dinaiki seorang pemandu bersama isterinya pula terselamat dan sekadar mengalami kecederaan ringan.

“Mayat kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke unit forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Semua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ditahan untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan Jabatan Kimia.

“Tiada saksi kejadian dikesan bagi memberi keterangan dan kawasan itu juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup dan tempat jalan gelap tidak berlampu,” katanya.

Bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan Covid-19 diadakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-MalaysiaGazette