PUTRAJAYA – Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin hari ini akan menjalani ujian saringan Covid-19 ekoran beliau adalah kontak rapat kepada Menteri Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamad yang dikesan positif Covid-19.
Mohd Uzir juga akan menjalani proses kuarantin kendiri di rumah seperti disarankan kerajaan.
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik & Antarabangsa, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Shafizaermawaty Shafei berkata, ia susulan kenyataan yang Mustapa dikesan positif dalam ujian saringan kedua dua hari lalu.
Beliau juga turut menyarankan para media yang terlibat dalam perjumpaan Pesuruhjaya Banci 2020 supaya segera menjalani ujian saringan sama, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Shafizaermawaty turut menggesa para media yang terlibat dengan Majlis Perjumpaan Pesuruhjaya Banci 2020 bersama Media di DOSM pada Jumaat 8 Januari lalu untuk mengambil langkah sewajarnya.
“Keputusan ujian Covid-19 untuk Mohd Uzir akan dimaklumkan setelah diperoleh,” katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: