KUALA LUMPUR – Talian khidmat pelanggan 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan digantung buat sementara waktu bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga ekoran penularan pandemik Covid-19
kerana SKMM sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam
serta pekerjanya.
Bagaimanapun, orang ramai masih boleh menyalurkan aduan mereka melalui
saluran-saluran seperti yang tertera di bawah:
Portal Aduan SKMM : https://aduan.skmm.gov.my
E-mel : [email protected]
Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
(Isnin hingga Jumaat)
WhatsApp : 016 – 220 6262 – MalaysiaGazette