KUALA LUMPUR – Para penumpang mesti mendapatkan kebenaran yang sah daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas, kata syarikat penerbangan AirAsia.
Mereka juga perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu.
Menurutnya, walaupun penerbangan domestik di Malaysia AirAsia tetap beroperasi, para penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan antara 13 dan 26 Januari 2021 yang terjejas dan tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih:
Perubahan tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama tanpa had tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Para penumpang diminta menghubungi AVA yang tersedia di support.airasia.com, airasia.com atau WhatsApp untuk membuat pilihan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Pilih “Penerbangan” di menu utama AVA
Pilih “Perubahan Penerbangan COVID-19”
Pilih “Penerbangan domestik (AK) AirAsia Malaysia”
Pilih “Saya mahu menukar penerbangan saya”
Ikuti langkah seterusnya seperti yang dinyatakan oleh AVA
Para tetamu yang terjejas akan segera dimaklumkan melalui e-mel dan/atau SMS mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka.
”Kami ingin menasihatkan para tetamu yang bakal membuat perjalanan penting untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, memeriksa semua keperluan perjalanan dan mengamalkan kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa,” kata syarikat itu. – MalaysiaGazette