Home Politik Tarik balik sokongan terhadap PN hak ahli Parlimen UMNO – Mahdzir

Tarik balik sokongan terhadap PN hak ahli Parlimen UMNO – Mahdzir

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid bercakap kepada media selepas mesyuarat Biro Politik UMNO ketika di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 12 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah hak individu mana-mana ahli Parlimen termasuk dari UMNO.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, Bagaimanapun, parti masih menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan menteri-menteri UMNO masih berada dalam Kabinet.

“Ya kita (ahli Parlimen UMNO) masih (sokong) sebab menteri UMNO masih ada dalam itu (Kabinet). Individu ini saya tidak pasti sebab kita datang menyokong kerajaan ini atas ahli-ahli Parlimen,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik UMNO di Menara Dato’Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Bekas Menteri Pendidikan itu ditanya mengenai pandangan terhadap situasi terkini beberapa ahli Parlimen di bawah UMNO yang mengumumkan untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terbaharu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjadi ahli Parlimen terbaru menarik sokongannya kepada Muhyiddin.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, keputusan berkenaan dibuat dengan mandat yang diberikan oleh UMNO serta pendirian yang dibuat oleh Majliis Tertinggi parti baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Muhyiddin. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. LEBIH SEPARUH /tiga Perempat yang layak mengundi akan BOIKOT PRU15…kerana perangai MEMBUSUK dan BERANTAKAN MP2 dan pemimpin politik yang akhirnya MENJERAT rakyat dan perbalahan tanpa Kesudahan…..Mengundi atau BOIKOT PRU juga HAK RAKYAT kesampingkan tanggungjawab warganegara.

  2. Rakyat berhak menolak UMNO selagi pemimpin2 lama yg jadi barsh dalamnya masih disokong secara membuta tuli oleh ahli2 tegarnya.

  3. Sudah tiba masa PN mencari rakan baru seperti Warisan untuk mrngantikan UMNO, sekurangnya Sabah tidak perlu lagi PRN.

Comments are closed.