Home Seni Hidup Ebit terharu YDPA pelawa makan patin di Temerloh

Ebit terharu YDPA pelawa makan patin di Temerloh

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sangat aktif membantu memberi sumbangan kepada mangsa banjir termasuk di Pahang.

Baru-baru ini pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew yang turut turun ke negeri itu untuk menghulurkan bantuan bertemu dengan YDPA.

Menariknya, YDPA sendiri yang mempelawa Ebit untuk makan bersama di sebuah kedai ikan Patin di Temerloh.

“Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan,” tulisnya di Facebook.

Terharu diajak santap bersama, Ebit turut berkongsikan pengalaman berbual dengan Agong.

Katanya YDPA mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA, Permaisuri Agong dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam.

“Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.
Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami,” katanya lagi.

Pendakwah bebas selain itu turut berdoa agar YDPA sentiasa diberikan kebaikan.

“Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia,” katanya lagi.-MalaysiaGazette