SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.
JAIS menerusi satu kenyataan lewat malam tadi berkata, siasatan tersebut berikutan tindakan Sajad di dalam negeri Selangor dan beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuan usahawan itu pada tahun 2018 dan 2020.
Jelas kenyataan itu, JAIS turut mengambil maklum tentang penularan sebuah video oleh Sajjad berkaitan insiden yang melibatkan dirinya dan beberapa penguatkuasa JAIS baru-baru ini.
“Sajad telah membuat laporan polis berkaitan insiden tersebut.
“Pegawai Penguatkuasa JAIS yang berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan mengenai laporan yang dibuat (Sajjad),” katanya.
Minggu lalu, nama Sajad kembali menjadi bahan bualan netizen di media sosial selepas dia mendakwa dirinya ditahan reman oleh JAIS kerana mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yassin di pejabatnya di Shah Alam.
Menurut Sajad, 36, dia ditahan pada 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kuala Kubu Bharu dan mendakwa telah dilayan tidak wajar walaupun kehadirannya bertujuan memberi keterangan dan kerjasama pada pihak JAIS. – MalaysiaGazette
MUJAHID YUSUF RAWA Boleh membela SAJAT spt membela LGBT/Trangender dan melarang memasuki premis dn kelab malam yang melakukan maksiat selepas 12malam .