Home Nasional Kerjasama hospital swasta untuk tampung pesakit Covid-19

Kerjasama hospital swasta untuk tampung pesakit Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – Perbincangan dengan hospital-hospital swasta akan diadakan esok untuk melihat potensi kerjasama bagi menampung bilangan pesakit termasuk pesakit Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pesakit bukan Covid-19 juga tidak terabai.

“Justeru walaupun banyak banyak hospital lain di Lembah Klang mengambil pesakit Covid-19, bimbang pesakit lain terabai. Oleh demikian pihak kami sedang bekerjasama dengan hospital swasta untuk mengambil pesakit Covid-19 dan juga pesakit penyakit lain.

“Esok, kita akan mengadakan pertemuan dengan hospital-hospital swasta dan akan lihat sebaik mana boleh menampung pesakit untuk non Covid-19 seperti pesakit kanser dan sebagainya boleh menerima rawatan di hospital swasta,” kata dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata, kapasiti penerimaan pesakit Covid19 oleh hospital swasta juga perlu dikaji terlebih dahulu dan perbincangan ke arah itu sedang dijalankan untuk menangani pertambahan pesakit Covid-19 khususnya di Lembah Klang.

Selain itu, katanya, kementerian juga akan memperhalusi tiga langkah menyelesaikan masalah kapastiti pesakit iaitu mengekalkan hospital Pusat Rawatan Kes Covid-19 MAEPS, isolasi di rumah, hostel pekerja dan hotel untuk menempatkan pesakit positif Covid-19.

Ini kerana pihaknya memerlukan tenaga kerja tambahan untuk menambah kapasiti di hospital Covid-19.

Langkah pertama yang diteliti adalah mengekalkan Hospital MAEPS di Serdang dan kuarantin pesakit positif di rumah seperti mana dipraktikkan di luar negara tetapi perlu mengenalpasti kesesuaian keluasan ruang di rumah untuj membolehkan seseorang yang positif itu dikuarantin.

“Jika ruang keluasan rumah membenarkan maka kita benarkan kuarantin di rumah selain melihat kumpulan umur yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak tidak digalakkan dikuarantin di rumah kecuali majoriti pesakit bukan kumpulan berisiko tinggi dan memastikan mereka guna MySejahtera serta terus berhubung dengan pejabat kesihatan daerah atau kesihatan negeri.

“Keduanya, kaedah menggunakan hostel untuk menempatkan pesakit Covid-19 dan ini kita pernah laksanakan untuk Kluster Teratai yang ditempatkan di hostel lelaki dan wanita untuk menampung pesakit kes positif.

“Ketiga, kita meneliti potensi menempatkan pesakit Covid-19 kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan simptom rendah yang mana ia pernah dibuat di Negeri Sembilan. Kita telah kenalpasti dua hotel bagi tujuan itu dengan dibimbing majikan.

“Inilah tiga langkah dan opsyen yang kami sedang teliti ketika ini menangani kekurangan kapasiti katil,” katanya dalam sidang media hari ini.

Tambah Noor Hisham, untuk menampung pesakit Covid-19 kategori 3,4 dan 5, pihaknya masih mempunyai ruang katil di Hospital Sungai Buloh buat masa ini yang mana terdapat 60 katil Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ujarnya, kapasiti itu boleh ditambah kepada 110 hingga 120 katil ICU namun memerlukan lebih ramai kakitangan untuk membuka lebih banyak ruang.

“Kita ada kapasiti tetapi masalahnya kekurangan tenaga kerja dan sedang melihat opsyen menambah kekuatan kakitangan dan JPA membantu kami menawarkan jawatan jururawat yang banyak.- MalaysiaGazette