SHAH ALAM – Semua perkhidmatan di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Januari.
Segala urusan dan perkhidmatan akan dilaksanakan secara dalam talian.
Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, orang ramai yang mempunyai pertanyaan, permasalahan, aduan dan lain-lain boleh menghubungi pegawai bertugas (24 jam) menerusi talian 03-42968100 / 42857333 atau e-mel [email protected].
“Semua pembayaran seperti cukai taksiran, kompaun, lesen dan bil pelbagai boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pautan http://https//:icomm.mpaj.gov.my manakala urusan berkaitan penjaja pada pautan https://intranet.mpaj.gov.my/penjaja.
“MPAJ memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Sila layari laman sesawang http://www.mpaj.gov.my untuk mengetahui status terkini perkhidmatan,” katanya menerusi kenyataan.
Bermula hari ini, PKP dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari. – MalaysiaGazette