Home Politik Boleh buat gencatan politik, tak perlu darurat – Mohd Shafie

Boleh buat gencatan politik, tak perlu darurat – Mohd Shafie

Mohd Shafie Apdal .

KUALA LUMPUR – Kerajaan boleh sahaja berbincang dengan pembangkang supaya gencatan politik bukan mengisytiharkan darurat.

Itu pandangan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Undang-undang sedia ada cukup untuk berdepan dengan pandemik Covid-19. Jika ada keperluan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengekallan pilihan raya negeri Sarawak atau pilihan raya kecil semasa pandemik, kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh berunding dengan pembangkang untuk mendapatkan dua pertiga majoriti,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Shafie, darurat perlu dihentikan agar demokrasi berparlimen dapat dikembalikan dalam masa terdekat melalui rundingan damai antara pemimpin politik bagi mengelakkan pilihan raya semasa pandemik.

“Darurat bukanlah pilihan tepat untuk mengawal penularan Covid-19 kerana Perintah Kawalan Pergerakan sudah ada dan dilaksanakan,” katanya lagi.

Lagi pun, dakwaan berlaku ancaman terhadap keselamatan ternyata tidak benar seperti sebelum ini.

Justeru, beliau mahu kerajaan minoriti yang ada sekarang membetulkan keadaan dan melakukan apa yang tepat demi negara.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Persidangan parlimen dalam era darurat kali ini.

    Tak boleh dinafikan peranan parlimen dlm negara demokrasi spt Msia.

    Namun begitu jika kita imbas kembali peristiwa2 dan cara perbahasan di parlimen kita dimutakir ini, yg penuh dgn jerit pekit, caci mencaci, kata mengata, tuduh menuduh dan sebagainya…..ada kah itu menyuburkan amalan sistem demokrasi berpalimen utk membolehkan suara rakyat disuarakan, didengar dan dibahas bagi faedah rakyat itu sendiri?

    Malah yang paling muak apabila majoriti ahli2 parlimen lebih banyak “berpolitik” dan memihak kpd masalah yg dihadapi individu2 tertentu dari menyuarakan masalah rakyat dan negara.

    Oleh kerana itu, sesuai dengan keadaan sekarang di mana negara menghadapi pelbagai masalah ekoran penularan wabak pendomik coved-19 dan kesan yang tertanggung oleh rakyar khususnya, maka adalah sesuai negara kita diletak dalam undang2 darurat serta persidangan parlimen ditiadakan dalam jangka waktu ini.

    Sekarang adalah masa utk “bekerja” bagi membantu rakyat yg terkesan serta memulihkan ekonomi negara secara bersungguh2.

    Ini dok asyik berpolitik yg tak berkesudahan – apa kebaikannya.

    Jika dibangkitkan implikasi perundangan mengenainya, biar lah mereka yg pakar menyelesaikannya dari menyerahkannya kpd ahli2 politik yang dilihat lebih kpd kepentingan diri semata2.

  2. SHAFIE BEDALyg tidak AFDAL…GENCATAN POLITIK telah diSUARAKAN supaya PRN SABAH TIDAK DIADAKAN…tetapi KAMU dan warisan Pakatan Hancing…rasa EGO utk membubarkan DUN SABAH. jgn nak salahkn kjaan isytihar DARURAT….KERANA GILA KUASA SHAFIE BEDAL WARISAN kes COVID MENCANAK NAIK HINGGA HARI INI…kluster sabah. Malah Warisan isytihar Covid dn kematian pasukan keselamatan sebagai wayang SANDIWARA.

    pembangkang tetap menyalahkan dn perlekehkan…Darurat 2020 DITOLAK YDPA…pm diserang sebagai Lemah dn hilang sokongan…DARURAT 2021 DIKUATKUASA…PM dituduh tiada maruah selamatkan diri sendiri…boneka ydpa dn berpaut pada dinding pagar istana…rujuk salah udin ayub naib pres..am NANAH Dan ANWARFIKUN..P arti K hianat R eformasi

Comments are closed.