Home Nasional ‘Datuk’ dan rakannya pukul pelanggan restoran dicekup

‘Datuk’ dan rakannya pukul pelanggan restoran dicekup

Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ dan rakannya yang bertindak membuat bising, memukul dan mengugut pelanggan di sebuah restoran pada 12 Januari lalu ditahan polis.

Suspek pertama bergelar ‘Datuk’ berusia 42 tahun dan rakannya berusia 39 tahun ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Petaling Jaya sekitar 3.40 petang hari ini di Mutiara Damansara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, tangkapan itu dilakukan ekoran kes pukul dan ugutan jenayah yang dilakukan kedua-dua suspek ke atas pasangan muda yang menjamu selera di Restoran TST, Tropicana Avenue, jam lebih kurang 9 malam pada 12 Januari lalu.

“Siasatan polis mendapati kejadian berpunca daripada suspek yang telah ditegur oleh seorang lelaki Cina yang tidak dikenali (pelanggan) yang duduk di meja bersebelahan kerana suspek bercakap dalam nada suara yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, polis juga akan membuat permohonan reman untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek.

“Polis akan siasat mereka untuk mengenalpasti latar belakang dan aktiviti mereka serta samada terlibat dalam kongsi gelap dan sebagainya,” ujarnya.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah restoran di Tropicana Avenue dan insiden itu tular di media sosial.

Video berdurasi 50 saat itu menunjukkan mangsa berusia 31 tahun bekerja sebagai pengurus sedang menjamu di restoran tersebut bersama teman wanitanya sebelum menegur suspek yang didakwa berkeadaan mabuk dan membuat bising.

Berang ditegur, kedua-dua suspek bertindak menampar dan memukul pasangan tersebut selain melemparkan ugutan jenayah dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang mengulas lanjut tangkapan itu berkata, suspek berusia 42 tahun itu merupakan seorang ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ manakala rakannya juga seorang peniaga.

“Siasatan mendapati pergaduhan berlaku akibat salah faham ditegur mangsa, kedua-dua suspek yang berkeadaan mabuk dan bising mula menyerang orang sekeliling dan ugutan menakutkan.

“Kedua-dua suspek akan dipohon perintah reman esok untuk meneruskan siasatan polis,” katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan.

Pemilik restoran berkenaan serta mangsa kejadian juga telah membuat laporan polis semalam rentetan insiden itu untuk tindakan lanjut polis.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis cari suspek bergelar Datuk pukul pasangan muda di restoran